PENGENALAN
Setelah berjaya memartabatkan sukan paintball di mata dunia dengan memecah Malaysian Book of Records dengan mencatat penyertaan terbanyak iaitu 152 pasukan (1,810 orang pemain) dari 30 buah Negara melalui kejohanan paintball bertaraf dunia iaitu World Cup Asia Paintball 2011 (WCA). Sukacita dimaklumkan bahawa sekali lagi AKR Events Sdn. Bhd. akan menganjurkan kejohanan paintball kategori Wilayah Utara Malaysia yang dikenali sebagai 1 Northern Paintball Series (1NPS). AKR Events Sdn. Bhd. merupakan syarikat pengurusan acara terkemuka di Kedah yang merupakan pengurus acara dalam menjayakan The International Paintball Championship “The Sultan’s Kedah Cup” di Alor Setar Kedah buat 3 tahun berturut-turut bermula 2009 hingga kini dan Kejohanan Paintball peringkat dunia World Cup Asia Paintball untuk tahun 2011, 2012 dan 2013 di Langkawi Kedah. AKR Events Sdn. Bhd. juga merupakan syarikat yang dikenali kerana menjadi pemangkin di dalam pembentukan Pertubuhan Paintball Utara dan bertindak sebagai penggiat utama sukan paintball di wilayah utara dengan pengkalan data yang besar bagi pasukan-pasukan paintball. 1NPS adalah kesinambungan daripada Northern Paintball Official Circuit (NPOC) yang telah diadakan buat julung kalinya di UUM Sintok Kedah, Carnivall Cinta Sayang Sungai Petani Kedah, Taman Tasik Darulaman Jitra Kedah dan Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar Kedah bermula Oktober 2010 dan berakhir pada April 2011 sebelum pasukan tersebut bertanding sekali lagi bagi merebut Piala Sultan Kedah yang diadakan serentak dengan Hari Penyayang pada pertengahan bulan Mei 2011. Sentuhan idea NPOC adalah hasil daripada permintaan para pemain paintball terutamanya dari sekitar negeri Kedah. NPOC 2010/2011 adalah pertandingan yang pertama di kawasan utara yang memperkenalkan sukan paintball bersiri dan telah berjaya melahirkan 33 pasukan paintball yang terdiri dari anak jati Kedah bagi bertanding di kejohanan dunia (WCA 2011) di Langkawi Kedah pada 10-13 November 2011. Kurangnya kejohanan paintball selama ini di wilayah utara telah membantut perkembangan sukan paintball secara amnya di Kedah. |
PRA SYARAT PENGURUSAN ACARA
1. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesulitan yang di alami dan tidak akan
menangung sebarang kerugian yang berlaku sepanjang penganjuran program.
2. Setiap pembayaran atau penerima pembayaran perlulah mendapatkan resit rasmi yang di keluarkan
Qeddah Event Management dengan cop rasmi syarikat dan tandatangan di atas cop syarikat.
3. Pihak penganjur telah membekalkan Public Liability Insurans [ Insurans Awam ] bagi menjamin keselamatan
di tapak program untuk setiap peserta dan pengunjung, namun pihak penganjuran tidak akan
akan bertangungjawab di atas sebarang kemalangan atau kehilangan di luar bidang lindungan insurans.
4. Para peserta dan pengungjung tertakluk kepada undang-undang Kerajaan Malaysia dan sebarang masalah
serius yang berlaku akan di rujuk terus kepada pihak berkuasa Polis Di Raja Malaysia.
5. Pihak penganjur mempunyai kuasa sepenuhnya mengubah mana-mana syarat di atas atau mengwujudkan
mana-mana pra syarat tambah bagi menjamin keselamatan dan kelancaran program tanpa perlu merujuk
kepada mana-mana pihak terlebih dahulu dan selagi tidak melanggar undang-undang Kerajaan Malaysia.
6. Pihak penganjur akan di sebut "SEKETERIAT PROGRAM" yang melibatkan di bawah bidang kuasa
Qeddah Event Management & AKR Event Sdn Bhd.