Karnival Satu Malaysia Northern Paintball Series
Untuk kali keduanya penganjuran Satu Malaysia Paintball Jelajah Utara [ 1NPS ] akan di jalankan dalam bentuk karnival dengan pelbagai aktiviti - aktiviti menarik yang di atur pihak penganjur dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ipoh dan komuniti. Penganjuran yang di jangka berlangsung pada 10-12 Mei 2012 di Pulau Penang akan menjadikan titik permulaan kepada aktiviti pameran , jualan dan sukan riadah serta aktiviti hujung minggu bagi kawasan sekitar tapak program. Pihak penganjur merencanakan pelbagai aktiviti menarik serta membawa bersama Belon Udara Panas [ Hot Air Balloon ] dan konsert bersama artis tempatan pada malam terakhir pasti menjanjikan satu episod yang meriah bagi setiap peserta pertandingan dan juga pengujung. Pameran dan jualan juga di anjurkan bagi menambah kemeriahan suasana program dengan landskap yang menarik. |